21 November 2011
Khabar Dari Tun Perak
Pagi-pagi menyambut panggilan telefon dari Kak Zila mengkhabarkan penerimaan Laporan Audit tahun 2010. Alhamdulillah aku meninggalkan sesuatu yang bermakna apabila audit mencatatkan Laporan Memuaskan. Kerja keras selama setahun membuahkan hasil yang membanggakan biarpun bukan mencapai tahap 'baik' apalagi 'cemerlang'. Sekurang-kurangnya aku telah mengotakan janjiku kepada Tuan Pengetua untuk buat yang terbaik sedaya-upayaku. Takdirnya itulah yang terbaik untukku. Terima kasih Kak Jamnah kerana memberikan aku idea yang canggih manggih setiap kali aku bersua dengan kebuntuan dalam menyelesaikan masalah. Ternyata tiada apa yang tidak boleh diselesaikan asalkan rajin dan redha berkorban masa. Mengingat pesan Kak Jam, di tempat baru buatlah yang lebih baik lagi...insyallah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas rosni, semoga tambah cemerlang di tempat baru.
ReplyDelete