21 November 2011

Khabar Dari Tun Perak

Pagi-pagi menyambut panggilan telefon dari Kak Zila mengkhabarkan penerimaan Laporan Audit tahun 2010. Alhamdulillah aku meninggalkan sesuatu yang bermakna apabila audit mencatatkan Laporan Memuaskan. Kerja keras selama setahun membuahkan hasil yang membanggakan biarpun bukan mencapai tahap 'baik' apalagi 'cemerlang'. Sekurang-kurangnya aku telah mengotakan janjiku kepada Tuan Pengetua untuk buat yang terbaik sedaya-upayaku. Takdirnya itulah yang terbaik untukku. Terima kasih Kak Jamnah kerana memberikan aku idea yang canggih manggih setiap kali aku bersua dengan kebuntuan dalam menyelesaikan masalah. Ternyata tiada apa yang tidak boleh diselesaikan asalkan rajin dan redha berkorban masa. Mengingat pesan Kak Jam, di tempat baru buatlah yang lebih baik lagi...insyallah!

01 October 2011

Jamuan Kecil Di Bulan Zulkaedah

Berlalu sebulan Syawal tak kesampaian nak mengadakan rumah terbuka..asyik sibuk memanjang. Ada je program hujung minggu. Tapi minggu aku melapangkan masa menerima tetamu dan meraikan jiran sebelah kiri rumah...menghabiskan sisa-sisa duit raya. Pagi aku menjemput zura dan keluarga untuk bersarapan laksam di rumah. Sebelum tu, semalamnya sempat la buat sebiji kek coklat untuk makan hari ni. Sebelah petang pulak aku menyambut kedatangan ma dan anak-anak, syikin dan anak-anak dan Su, isteri Cikgu Sulizan. Menu tambahannya beehoon goreng bersama keropok. Kekawan lain yang terbaca blog ni, jangan berkecil hati kerana ini bukan rumah terbuka hari raya tetapi sesaje aku meraikan teman yang berhajat datang ke rumah. Kami sentiasa mengalu-alukan kekawan yang sudi nak datang berkunjung ke teratak ini tak kira bila pun. Jadi kalau nak datang tu, telefon dulu...takde le nanti minum air kosong je.

25 September 2011

Gambar-gambar di Hatyai



Kelantan di mana-mana.


Hidangan berharga 560 bhatt



24 September 2011

Lawatan Ke Hatyai dan Songkla, Thailand

Cuti Hari Malaysia 16 September 2011 hingga 18.9.2011 aku ambil kesempatan melancong ke Thailand bersama abe mizi, ct dan ina. Trip ni lama dirancang ketika aku masih berada di sekolah lama. Bertolak dengan bas lebih kurang 12.30 malam dari Padang Rengas. Pagi-pagi 16 September dah beratur di border Padang Besar. Banyaknya bas rombongan dah nampak macam keretapi. Banyak jugalah wang mengalir masuk ke Thailand. Asalnya nak masuk melalui Bukit Kayu Hitam, tetapi kesesakan di sana menyebabkan haluan diubah ke Perlis. Rupanya kat sini pun sama sesaknya. Ramai sungguh rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia di Siam nih.

Tempat pertama kami singgah adalah restoran untuk makan pagi. Mentang le kita pelancong,, bukan main lagi dipukulnye rega nasi ngan air untuk 3 orang makan sampai RM21.00.  nasib aku sorang tak makan nasi setakat minum air teh dalam cawan kecik je. Tempat kedua untuk dicurahkan duit ialah Nora Plaza. Pusat membeli belah yang tak le besar sangat. Ada barangan kulit, kasut, sedikit periuk, barangan kemas dll. Harga boleh tahan mahalnya. Aku tengok-tengok saja. Duit yang dibawa dah set untuk bayar makan , tapi kalau ada yang menarik tu dan harga ok boleh le beli. Pertukaran duit RM100 sama dengan 970 bhatt. Sekarang nilai duit bhatt ni lebih mahal daripada RM.

Destinasi seterusnya adalah kedai menjual makanan ringan. Apa ke namanya,,lupa nak catat. Kat sini ada biji gajus, sotong kering, kekacang, lobak jeruk dll yang beridentitikan Thailand. Kemain lagi ahli-ahli rombongan membeli belah. Aku hanya beli kacang pistacio dan bedak berubat..hehe..he. Pistacio untuk abe ji dan bedak untuk aku. Rasa aku berbaloi jugalah bayar 200 untuk trip ni. Banyak tempat yang disinggah. Penginapan pun ok, di Hatyai Central selama 2 malam. Makan bayar sendiri. Kiranya kat Hatyai ni nak makan tak susah sebab ada restoran orang Islam. Restoran Kelantan pun ada. Aku juga merasa naik tuk-tuk iaitu kenderaan awam yang ada kat Thailand je.

12 September 2011

Idul Fitri 2011

11.9.2011, Ahad. Berjanji temu dengan sebahagian  teman-teman yang istimewa di hatiku. Lokasi rumah zarina di Sri Exora, Kajang. Ini kali kedua berkunjung ke rumah baru zarina. Kali pertama dulu siap tumpang tidur lagi bersama krim satu keluarga. Terima kasih ina dan azmin kerana menerima kunjungan kami semua. Nak pergi rumah hairin tak kesampaian. Aku dah siap pakai baju cantik tau dan yang pentingnya menampakkan aku sedikit ramping..hehehehe, tapi apa nak buat takde rezeki nak merasa tempe kat rumah kau. Tahun depan kau layan kami pulak ye...nak datang perak jauh sangat kan. Apa-apa pun cerita makcik titik oleh akrimah tak mungkin dapat dilupakan. walaupun kali kedua mendengarnya semacam kali pertama pulak. Lawak la krim.



Dari kiri : Husna (anak hairin), siti (adikku), rose (aku le ni),hairin, anas, zarina
dan baby fatihah, iskandar (anak buah) dan Akrimah

Lain kali aku nak duk belakang kau la hairin.

Masa menemu dan memisahkan kita...

12 July 2011

Medan Dalam Kenangan

feri ke kapal terbang ni..

rose, diana, pn.hjh, kak zila dan kak su di ruang legar hotel siantar berlatarkan lake toba.
Berlatarkan Air Terjun Sipisau pisau

Ini je ahli rombongan...+ cikgu mahathir, kepala rombongan merangkap jurugambar.



05 July 2011

Trip To Medan

Pada 5 hingga 8hb Jun 2011 pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Paling penting pertama kali juga naik kapal terbang. Heran betul..macamana le besi ni boleh terbang. Nak kata aku 'darat' ke, 'peghok' ke..kata le..tak kisah pun. Dalam seronok berjalan tu di hati tetap rasa kekurangan..manakan tidak sebahagian diri ditinggalkan di rumah...maafkanlah isterimu ini dan terima kasih merestui kepergianku. Terima kasih juga kerana membekalkan aku rupiah.

Perjalanan bermula dari SMK Tun Perak, Padang Rengas berkonvoi 3 buah kereta. Aku bersama kak zila menumpang kenderaan cikgu zakaria. Turut serta isterinya..kak su yang cantik molek dan big boss, pengetua SMK Tun Perak yang tercinta. Tuan Haji...you are really cool...Thank u for being our photographer and a good companion too. Remember late night at Parapat when 6 of us walked in darkness?

Dari lapangan terbang Bayan Lepas sampai ke Lapangan Terbang Polonia Medan, rasanya mengambil masa tak sampai 1 jam. Seolah-olah beratur nak mengecop pasport lagi lama. Tiba masa nak dapatkan bag..berebut-rebut pulak..alahai, cam siapa cepat dia dapat. Akhirnya masing-masing dapat bag kecuali kak zila...bagnya merajuk entah ke mana.

09 February 2011

Selamat Pengantin Baru

Jumaat, 4 Februari 2011. Dalam perjalanan balik ke Kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina, aku dan suami tak lupa singgah makan kenduri di rumah pengantin perempuan, isteri tercinta kepada Akil Ansari, teruna melayu terakhir Tun Perak yang berjaya menamatkan zaman bujangnya. Tahniah ya Akil..selamat pengantin baru, semoga berbahgia selalu.


tak sangka pulak jumpa dengan is dan keluarga di bumi kelantan


bagai pinang di belah dua


Merisik ke Felda Besout

Apa khabar orang felda Besout..tahniah! anda bakal mendapat seorang insan yang akan menjadikan tempat anda sebagai destinasi popular dan glamor sedikit masa lagi. Khamis, 3hb Februari 2011 buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Felda Besout Perak, untuk berkenalan dengan bakal besan ChePah & We Masri.Perjalanan dari rumah aku memakan masa lebih dari 2 jam....jauh abe long wee....

Jauh perjalanan ke Felda Besout akhirnya sampai ke rumah Rozi, si putih gebu dan adik beradik yang comel2 belaka. Kalau jumpa dengan rozi kat Kota Bharu ni silap2 ada yang minta autograf atau speaking london ke, kelate ke sebab dia ni sekali pandang macam catriona ross. Okaylah abe long...harapnya inilah jodoh abe long yang terbaik. Your choice is our choice. Ni koleksi foto yang captured dengan kamera cuning.


Hai..belum apa-apa dah tumpah nasinya long





mak datin dari kubang kerian akan membawa perubahan ke Besout!


 macam mek salmah tauke budu yang duk kat tepi tu


2 keluarga bakal bersatu..insyaallah!

kiri kanan jalan ketika pulang dari Besout

31 January 2011

Selangor 0-2 Kelantan [Piala Sumbangsih 2011] Gol Piya @ Badhri Radzi




Aku cukup suka dengan video ni. Terima kasih sokernet kerana upload dan membolehkan sesapa saja berkongsi detik-detik yang mengkagumkan ni. Aku tujukan posting ni untuk penjenguk blog yang bernama a_r_mah where ever u are.

24 January 2011

Redha Takdir-Mu

Pertama kali membeli novel baru berbungkus plastik lagi. Biasanye aku dapatkan novel terpakai berharga kurang sepuluh ringgit. Novel aku yang baru ni istimewa sebab penulisnya kawan baik. Harapnya beliau bakal menjadi novelis terhangat di pasaran. Kepada sesiapa yang terjenguk blok ni sudi-sudilah dapatkan novel ni keluaran Alaf 21....Redha TakdirMu oleh Juriah Ishak.




19 January 2011

Foto Bersama Airin Dan Keluarga

jejaka idaman malaya!

teringat tamban goreng makcik....



kita serupa...







17 January 2011

Selepas 13 tahun...

Lama betul tak update blog ni...sibuk sesangat otak mikirkan kerja pejabat yang masih tak siap-siap lagi ni. Hari ni lega rasanya dapat 'watikah pelantikan menyandang tugas' secara rasmi dan bertulis dari bos baru. Macam terlepas bebanan hutang dengan ahlong pulak. Selama ni aku buat kerja walaupun bersungguh-sungguh tapi takde perasaan.macam robot. Robot pun ada had kerja, tak pun mesti selesai jugak tugas dia tapi aku ni tak habis2, kalau sambung menyambung takpe lagi , ni bertindan2. Isnin depan aku boleh kerja dengan aman damai...insyaallah.

Selepas 13 tahun....ni cerita lain. Jumaat lepas aku teman mizi ke kl, macam biasa lah setiap hujung minggu melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi kali ni untuk duduki final exam. Aku pulak bawa le sekali segala bagai kerja opis yang tak dapat dilangsaikan..apa la nasib..nak berpoya-poya pun tak senang. Berbalik kisah selepas 13 tahun tu...kalau dah tiba masa dan ketikanya maka berjumlah ia. Sepanjang-panjang masa mengikut mizi tu aku sentiasa ada keinginan dalam hati ni nak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Ada yang dapat jumpa ada yang tidak walaupun elok je rancangannya. Kali ni tuhan telah mempertemukan aku kembali dengan Hairin. Syukur walaupun kesuntukan masa tapi dapat juga jumpa. Terima kasih mak hairin kerana susah-susah je masak untuk kami. Aku dah sampai ke Kg Pulau Meranti, hairin...cuba2 le masukkan dalam kalendar kalian lawatan ke rumah kami pulak ye. Bawa mak ayah dan bibit sekali. Bibit jangan tinggal..nanti dia tak buat kerja kat rumah tu...hahahaha...