05 July 2011

Trip To Medan

Pada 5 hingga 8hb Jun 2011 pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Paling penting pertama kali juga naik kapal terbang. Heran betul..macamana le besi ni boleh terbang. Nak kata aku 'darat' ke, 'peghok' ke..kata le..tak kisah pun. Dalam seronok berjalan tu di hati tetap rasa kekurangan..manakan tidak sebahagian diri ditinggalkan di rumah...maafkanlah isterimu ini dan terima kasih merestui kepergianku. Terima kasih juga kerana membekalkan aku rupiah.

Perjalanan bermula dari SMK Tun Perak, Padang Rengas berkonvoi 3 buah kereta. Aku bersama kak zila menumpang kenderaan cikgu zakaria. Turut serta isterinya..kak su yang cantik molek dan big boss, pengetua SMK Tun Perak yang tercinta. Tuan Haji...you are really cool...Thank u for being our photographer and a good companion too. Remember late night at Parapat when 6 of us walked in darkness?

Dari lapangan terbang Bayan Lepas sampai ke Lapangan Terbang Polonia Medan, rasanya mengambil masa tak sampai 1 jam. Seolah-olah beratur nak mengecop pasport lagi lama. Tiba masa nak dapatkan bag..berebut-rebut pulak..alahai, cam siapa cepat dia dapat. Akhirnya masing-masing dapat bag kecuali kak zila...bagnya merajuk entah ke mana.