01 October 2011

Jamuan Kecil Di Bulan Zulkaedah

Berlalu sebulan Syawal tak kesampaian nak mengadakan rumah terbuka..asyik sibuk memanjang. Ada je program hujung minggu. Tapi minggu aku melapangkan masa menerima tetamu dan meraikan jiran sebelah kiri rumah...menghabiskan sisa-sisa duit raya. Pagi aku menjemput zura dan keluarga untuk bersarapan laksam di rumah. Sebelum tu, semalamnya sempat la buat sebiji kek coklat untuk makan hari ni. Sebelah petang pulak aku menyambut kedatangan ma dan anak-anak, syikin dan anak-anak dan Su, isteri Cikgu Sulizan. Menu tambahannya beehoon goreng bersama keropok. Kekawan lain yang terbaca blog ni, jangan berkecil hati kerana ini bukan rumah terbuka hari raya tetapi sesaje aku meraikan teman yang berhajat datang ke rumah. Kami sentiasa mengalu-alukan kekawan yang sudi nak datang berkunjung ke teratak ini tak kira bila pun. Jadi kalau nak datang tu, telefon dulu...takde le nanti minum air kosong je.

No comments:

Post a Comment