05 June 2018
BERAKHIRNYA SATU LAPIS GENERASI
Jumaat lepas pada tarikh 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadhan 1439 H berakhir sudah keturunan anak -anak datuk dan nenek apabila perginya sesatunya mak saudaraku mengadap Ilahi. Tidak berkesempatan untuk aku membisikkan sekali lagi zikir-zikir penyubur jiwa ke telinganya buat kali terakhir. Adik beradik ibu 4 orang semuanya. 2 lelaki dan 2 perempuan. Kedua-dua bapa saudara pergi terlebih dahulu, ibu meninggal tahun 2004 pada usia 70-an dan kini Makngah menyusul. Sejahterakanlah Ya Allah ibu dan adik-adiknya di sana. Dan bagi kami yang masih di sini, lapisan generasi anak-anak dan cucu cicit yang seterusnya, kurniakan kami keberkahan usia dan pandulah kami pada jalanMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)