25 September 2011

Gambar-gambar di Hatyai



Kelantan di mana-mana.


Hidangan berharga 560 bhatt



24 September 2011

Lawatan Ke Hatyai dan Songkla, Thailand

Cuti Hari Malaysia 16 September 2011 hingga 18.9.2011 aku ambil kesempatan melancong ke Thailand bersama abe mizi, ct dan ina. Trip ni lama dirancang ketika aku masih berada di sekolah lama. Bertolak dengan bas lebih kurang 12.30 malam dari Padang Rengas. Pagi-pagi 16 September dah beratur di border Padang Besar. Banyaknya bas rombongan dah nampak macam keretapi. Banyak jugalah wang mengalir masuk ke Thailand. Asalnya nak masuk melalui Bukit Kayu Hitam, tetapi kesesakan di sana menyebabkan haluan diubah ke Perlis. Rupanya kat sini pun sama sesaknya. Ramai sungguh rakyat Malaysia meraikan Hari Malaysia di Siam nih.

Tempat pertama kami singgah adalah restoran untuk makan pagi. Mentang le kita pelancong,, bukan main lagi dipukulnye rega nasi ngan air untuk 3 orang makan sampai RM21.00.  nasib aku sorang tak makan nasi setakat minum air teh dalam cawan kecik je. Tempat kedua untuk dicurahkan duit ialah Nora Plaza. Pusat membeli belah yang tak le besar sangat. Ada barangan kulit, kasut, sedikit periuk, barangan kemas dll. Harga boleh tahan mahalnya. Aku tengok-tengok saja. Duit yang dibawa dah set untuk bayar makan , tapi kalau ada yang menarik tu dan harga ok boleh le beli. Pertukaran duit RM100 sama dengan 970 bhatt. Sekarang nilai duit bhatt ni lebih mahal daripada RM.

Destinasi seterusnya adalah kedai menjual makanan ringan. Apa ke namanya,,lupa nak catat. Kat sini ada biji gajus, sotong kering, kekacang, lobak jeruk dll yang beridentitikan Thailand. Kemain lagi ahli-ahli rombongan membeli belah. Aku hanya beli kacang pistacio dan bedak berubat..hehe..he. Pistacio untuk abe ji dan bedak untuk aku. Rasa aku berbaloi jugalah bayar 200 untuk trip ni. Banyak tempat yang disinggah. Penginapan pun ok, di Hatyai Central selama 2 malam. Makan bayar sendiri. Kiranya kat Hatyai ni nak makan tak susah sebab ada restoran orang Islam. Restoran Kelantan pun ada. Aku juga merasa naik tuk-tuk iaitu kenderaan awam yang ada kat Thailand je.

12 September 2011

Idul Fitri 2011

11.9.2011, Ahad. Berjanji temu dengan sebahagian  teman-teman yang istimewa di hatiku. Lokasi rumah zarina di Sri Exora, Kajang. Ini kali kedua berkunjung ke rumah baru zarina. Kali pertama dulu siap tumpang tidur lagi bersama krim satu keluarga. Terima kasih ina dan azmin kerana menerima kunjungan kami semua. Nak pergi rumah hairin tak kesampaian. Aku dah siap pakai baju cantik tau dan yang pentingnya menampakkan aku sedikit ramping..hehehehe, tapi apa nak buat takde rezeki nak merasa tempe kat rumah kau. Tahun depan kau layan kami pulak ye...nak datang perak jauh sangat kan. Apa-apa pun cerita makcik titik oleh akrimah tak mungkin dapat dilupakan. walaupun kali kedua mendengarnya semacam kali pertama pulak. Lawak la krim.



Dari kiri : Husna (anak hairin), siti (adikku), rose (aku le ni),hairin, anas, zarina
dan baby fatihah, iskandar (anak buah) dan Akrimah

Lain kali aku nak duk belakang kau la hairin.

Masa menemu dan memisahkan kita...