11.9.2011, Ahad. Berjanji temu dengan sebahagian teman-teman yang istimewa di hatiku. Lokasi rumah zarina di Sri Exora, Kajang. Ini kali kedua berkunjung ke rumah baru zarina. Kali pertama dulu siap tumpang tidur lagi bersama krim satu keluarga. Terima kasih ina dan azmin kerana menerima kunjungan kami semua. Nak pergi rumah hairin tak kesampaian. Aku dah siap pakai baju cantik tau dan yang pentingnya menampakkan aku sedikit ramping..hehehehe, tapi apa nak buat takde rezeki nak merasa tempe kat rumah kau. Tahun depan kau layan kami pulak ye...nak datang perak jauh sangat kan. Apa-apa pun cerita makcik titik oleh akrimah tak mungkin dapat dilupakan. walaupun kali kedua mendengarnya semacam kali pertama pulak. Lawak la krim.
Dari kiri : Husna (anak hairin), siti (adikku), rose (aku le ni),hairin, anas, zarina
dan baby fatihah, iskandar (anak buah) dan Akrimah
Lain kali aku nak duk belakang kau la hairin.
Masa menemu dan memisahkan kita...