05 June 2010

DISKAUN TIGA RINGGIT

Setiap minggu berulang-alik dari kuala kangsar ke ukm. Jumaat pegi dan Sabtu balik semula. Tol RM70, minyak kete RM100, sewa hotel RM60.00 dan makan minum kurang lebih RM30.00. Mananye belanja untuk hujung minggu tu saja RM260.00. Tapi kalau tersalah jalan, budget tol pun lari, minyak kete tambah lagi. Untuk mengelakkan kena bayar tol mahal selalu kami melalui jalan lama kalau perjalanan siang hari. Kalau hala kl kami ikut jalan tol sebab selalu bertolak lewat petang dan sampai malam. Bayaran tol ni pulak kaLAU selepas 12 tgh malam ada diskaun. Semalam sebelum sampai tol pertama nak masuk kl tiba-tiba mizi teringat pasal diskaun rm3.00 ni. Tengok jam lagi 15 minit pukul 12.00 malam. Dia pun perlahankan kereta. Plaza tol lagi 5km ke depan. Aku cakap mana dan nak sampai ngam2 kul 12, dekat sangat. Dia pun dengan selamba pegi parking kete dekat tepi jalan sebelum masuk tol. Biar benar! Kete lain laju -laju dari belakang terus melalui tol. Kami relax je kat situ menikmati keindahan lampu limpah plaza tol diiringi deruman kete-kete yang mengerikan. Lagi 10 minit ke pukul 12.00. Malang tak berbau..kerana nakkan diskaun rela dalam bahaya. Dahlah..taak payah tunggu. ingat sekejap ke nak tunggu 10 minit . Diskaun 3 ringgit tu saya bayar kat awak. Hmmmm...lega!

No comments:

Post a Comment