05 June 2010

Lawak Misteri

Sesampai kat kaunter tol...meraba-raba cari tiket tol, plus patutnye kena letak lampu kat lorong antara pondok baru terang sikit. Haa...ni dia tiket...pas tu cepat2 buka dompet, ambik duit nak bagi sekali ngan tiket. Cepat sikit, pekerja tol duk tunggu tu. Dah dapat duit bila nak bayar..eh..eh..cermin kete pulak tak mahu buka. Dok tekan tekan punat tu..tak mahu buka juge..rosak ke tingkap ni. Orang tol..tersenyum-senyum mandang dah hulur2 tangan. Mizi pun buka le pintu kete siap kena terjungkit sikit nak hulurkan duit. Dah bayar kete pun jalan. Tiba2...eh, cermin ni dah terbuka la...bila masa terbuka ni. Hahahaha..patut le aku tengok pekerja tol tu senyum-senyum semacam je..terang pulak tu muka dia sampai jerawat pun nampak tapi nape pulak mizi kata cermin takleh buka. Mesti orang tu tertanya-tanya sihat ke tak sihat pemilik kete ni. Cermin dah turun tapi bersusahpayah buka pintu...kahakahkah! Nasib baik le tangan dia hulur tak masuk dalam kete..Sampai saat ini mizi tertanya-tanya...cermin kete waktu tu buka ke tak buka...berkerut dahi memikirkannye..aku lak...hehehehe..ketawa sampai sakit perut...

DISKAUN TIGA RINGGIT

Setiap minggu berulang-alik dari kuala kangsar ke ukm. Jumaat pegi dan Sabtu balik semula. Tol RM70, minyak kete RM100, sewa hotel RM60.00 dan makan minum kurang lebih RM30.00. Mananye belanja untuk hujung minggu tu saja RM260.00. Tapi kalau tersalah jalan, budget tol pun lari, minyak kete tambah lagi. Untuk mengelakkan kena bayar tol mahal selalu kami melalui jalan lama kalau perjalanan siang hari. Kalau hala kl kami ikut jalan tol sebab selalu bertolak lewat petang dan sampai malam. Bayaran tol ni pulak kaLAU selepas 12 tgh malam ada diskaun. Semalam sebelum sampai tol pertama nak masuk kl tiba-tiba mizi teringat pasal diskaun rm3.00 ni. Tengok jam lagi 15 minit pukul 12.00 malam. Dia pun perlahankan kereta. Plaza tol lagi 5km ke depan. Aku cakap mana dan nak sampai ngam2 kul 12, dekat sangat. Dia pun dengan selamba pegi parking kete dekat tepi jalan sebelum masuk tol. Biar benar! Kete lain laju -laju dari belakang terus melalui tol. Kami relax je kat situ menikmati keindahan lampu limpah plaza tol diiringi deruman kete-kete yang mengerikan. Lagi 10 minit ke pukul 12.00. Malang tak berbau..kerana nakkan diskaun rela dalam bahaya. Dahlah..taak payah tunggu. ingat sekejap ke nak tunggu 10 minit . Diskaun 3 ringgit tu saya bayar kat awak. Hmmmm...lega!