Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir (kurang suku 2 cawan)
3/4 cawan serbuk koko(kurang suku 1 cawan)
2 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh soda bika
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam(setengah sudu teh)
cara-cara buatnye..
Masukkan semua semua bahan dalam bekas kecuali air panas. Kacau sampai sebati semuanya. Akhir sekali masukkan air panas. Cuba rasa sikit..emmmmm..tak masak pun sedap...hihihi...
Bagi ngelakkan berketul-ketul kek eloknye ditapis ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 190 selama 1 jam.
Petua membakar kek...
1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Laras kepada api bawah.
2. Acuan digris dengan minyak dan dilapik dengan kertas minyak.
3. Sebelum masukkan kek, buka pintu/penutup oven dan biar dalam 2 @ 3 minit bagi turunkan suhu supaya kek tak terkejut dengan kepanasan.
4. Masukkan kek dan kira sampai sepuluh baru ditutup oven tu.
5. Bakar selama 1 jam, jangan sesekali dibuka. Tak payah di 'test', cukup sejam kek gerenti masak.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment