01 November 2009

nasi kerabu

Every weekend ikut suami ke kl. Kelas 9.00 pagi dekat ukm. sebelum masuk kelas mesti sarapan dulu dekat satu restoran...apa ke namanya..
Kat situ antara menu utamanya adalah nasi dagang, nasi kerabu, laksam dan kuih muih kelantan. sekali tu aku rasa nasi kerabu dia..peh..sedapnye, sedap macam yang aku buat sendiri. Jadi dengan besar hati aku bagi 5 bintang.
Sesapa nak rasa nasi kerabu sedap secukup rasa boleh la cuba cari kedai tu dekat jalan nak pegi ukm.
Tapi kalau nak wat sendiri..boleh cuba resepi ni...

Bahan-bahan :
Nasi
Beras
Pewarna biru(suka la nak color apa)
air
daun limau purut

-masak macam tanak nasi putih biasa tu. Daun limau purut bagi nasi bau wangi

Sambal Ikan
1 kilo ikan rebus (selayang/kembung)

- ambil isi ikan, hancur2kan dalam kuali dengan senduk dan goreng sampai jadi sambal ikan. optional :Penting semasa rebus ikan dulu tu masukkan sedikit garam dan manisan (biasa le manis2 ni tak boleh tinggal)

Sambal kelapa
1 biji kelapa parut

Kelapa parut digoreng sampai kering jadi le sambal kelapa...senang kan!

Kuah budu
1 botol budu botol besar
1 cm halia
5 batang serai
1 1/2 keping gula melaka
2 bii bawang besar
3 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut

- blend halia, serai, bawang dan masukkan dalam budu. Masak bersama bahan2 lain sampai gelegak..siap!

Kuah/sambal lada

- boleh buat ikut selesa masing-masing.

Ulam-ulaman
Bunga Kantan
Daun kesum
daun serai wangi
taugeh
Kubis
Kacang panjang

- Ulam dipotong kecil, halus berseni. Boleh sesuka hati nak masukkan ulam apa pun yang sesuai ngan selera.

No comments:

Post a Comment