31 January 2011
Selangor 0-2 Kelantan [Piala Sumbangsih 2011] Gol Piya @ Badhri Radzi
Aku cukup suka dengan video ni. Terima kasih sokernet kerana upload dan membolehkan sesapa saja berkongsi detik-detik yang mengkagumkan ni. Aku tujukan posting ni untuk penjenguk blog yang bernama a_r_mah where ever u are.
24 January 2011
Redha Takdir-Mu
Pertama kali membeli novel baru berbungkus plastik lagi. Biasanye aku dapatkan novel terpakai berharga kurang sepuluh ringgit. Novel aku yang baru ni istimewa sebab penulisnya kawan baik. Harapnya beliau bakal menjadi novelis terhangat di pasaran. Kepada sesiapa yang terjenguk blok ni sudi-sudilah dapatkan novel ni keluaran Alaf 21....Redha TakdirMu oleh Juriah Ishak.
19 January 2011
17 January 2011
Selepas 13 tahun...
Lama betul tak update blog ni...sibuk sesangat otak mikirkan kerja pejabat yang masih tak siap-siap lagi ni. Hari ni lega rasanya dapat 'watikah pelantikan menyandang tugas' secara rasmi dan bertulis dari bos baru. Macam terlepas bebanan hutang dengan ahlong pulak. Selama ni aku buat kerja walaupun bersungguh-sungguh tapi takde perasaan.macam robot. Robot pun ada had kerja, tak pun mesti selesai jugak tugas dia tapi aku ni tak habis2, kalau sambung menyambung takpe lagi , ni bertindan2. Isnin depan aku boleh kerja dengan aman damai...insyaallah.
Selepas 13 tahun....ni cerita lain. Jumaat lepas aku teman mizi ke kl, macam biasa lah setiap hujung minggu melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar. Tapi kali ni untuk duduki final exam. Aku pulak bawa le sekali segala bagai kerja opis yang tak dapat dilangsaikan..apa la nasib..nak berpoya-poya pun tak senang. Berbalik kisah selepas 13 tahun tu...kalau dah tiba masa dan ketikanya maka berjumlah ia. Sepanjang-panjang masa mengikut mizi tu aku sentiasa ada keinginan dalam hati ni nak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Ada yang dapat jumpa ada yang tidak walaupun elok je rancangannya. Kali ni tuhan telah mempertemukan aku kembali dengan Hairin. Syukur walaupun kesuntukan masa tapi dapat juga jumpa. Terima kasih mak hairin kerana susah-susah je masak untuk kami. Aku dah sampai ke Kg Pulau Meranti, hairin...cuba2 le masukkan dalam kalendar kalian lawatan ke rumah kami pulak ye. Bawa mak ayah dan bibit sekali. Bibit jangan tinggal..nanti dia tak buat kerja kat rumah tu...hahahaha...

Subscribe to:
Posts (Atom)